Sunday, 27 February 2011
Ada apa dengan MAT REMPIT?
Tak habis habis isu MAT REMPIT kan?


“tik tik tik”. Jam dinding berbunyi, menunjukkan masa sudah 2.58 pagi. Aku duduk di beranda, ditemani motosikal aku. Ku tenung motosikal aku dalam dalam... “oh,motor ku kotor,ni lah dia kalau berembun malam malam”. Aku bangun, buka seat motosikal ku dan mengambil sehelai kain buruk. Bermula dari brake lever aku mengelap perlahan lahan komponen itu. Kain buruk itu terus rancak menari nari di atas cover set, cover rantai, arms, dan akhir sekali eksoz. Aku duduk lagi sekali, puas J . “wahh kilat betul moto aku hehe”,bisik hati kecilku. Sebenarnya baru balik dari ngeteh dengan kawan baik aku. Sebab tu balik lambat. Err takdelah lambat sangat tak? Hehe. Tiba tiba teringat peristiwa kat warung mamak tadi. Tengah syok syok minum dan berborak, tiba tiba satu jentera Yamaha RXZ meluncur laju di depan kedai, dengan  bunyi eksoz nya yang rabak gila. Terkejut beruk semua orang kat kedai tu haha. Kawan aku memusing kepalanya kearah motor tadi. “fuhh baekk dia setting moto ni rie.(rie tu nama aku lah).tapi slack sikit lah pakai eksoz kopek”,katanya. Setalah lampu brek motor tadi hilang dari pandangan, seorang pakcik tua memakai singlet hitam dan seluar jeans, sambil rokok di tangan menghentak meja. “panas betullah aku dengan MAT REMPIT ni. Diorang ingat motor diorang laju sangat ke?? Sial betullah. Nasib baik anak aku bawak keta!!”, bentak pakcik tadi dengan marah nya. Ya,MAT REMPIT. Pakcik tu menganugerahkan mamat dengan jentera Yamaha RXZ nya sebagai MAT REMPIT. Apa sebenarnya maksud MAT REMPIT?

“kau hanya bangkit dalam dunia kau sendiri. dunia yang tak pernah layak untuk dunia kini.”
Hemm. Ni petikan ayat dari blog kawan aku, marah betul dia kat MAT REMPIT. Katanya mat rempit bawak laju laju macam dia sorang bayar cukai jalan. Memang betul marah dia ni. Aku pun digelar MAT REMPIT oleh sesetengah orang, atas dasar aku menunggang MOTOSIKAL ke sana ke mari. Apa ni? Semua yang bawak motor MAT REMPIT ke? Memang betul, ada yang tak makan saman,bawak motor macam jalan tu bapak dia yang punya. Tapi golongan macam aku? Yang minat gila gila kat motor abang tak main laa bumbung bumbung ni dik. Wajarkah kami digelar MAT REMPIT? 

Okay,interview aku dengan beberapa orang berkenaan soalan “apa itu MAT REMPIT?”.
MEMBER A : “ rempit tu dok,yang menyusahkan orang kat jalan raya ni haa. Bawak moto laju gila macam dia sorang pakai jalan.bawak awek ke hulu hilir.macam good good je bawak moto laju laju ni. Wei keta aku lagi laju la! ”.
MEMBER B : “ rempit ni perosak bangsa.bawak moto laju nak mampos. Eksoz kalau boleh nak 16km pun orang boleh dengar. Memekak tengah tengah malam. Bajet gangster pulak tu. Diorang tak tengok lagi aku punya gangster? ”.
MEMBER C : “ gua memang respek rempit rempit ni beb. Diorg bawak moto laju gila,ntah setting ape aku pun taktau. Wheelie sampai 7-8 tiang steady je. Hati diorang kering der. Fuhh hebat hebat !! “.

Berdasarkan interview aku dengan beberapa kawan diatas yang disembunyikan tdentitinya, ternyata rata rata orang mengaggap MAT REMPIT ni sebagai orang yang bawak moto laju laju. Tak kisah laa Honda C70 ke Yamaha 125z ke asal bawak laju laju mesti digelar MAT REMPIT?

Okay pada pandangan aku pulak,
MAT REMPIT ni orang yang bawak moto laju laju, tapi MERAGUT. Yang bawak moto laju laju, nak pegi BELASAH orang sana sini gara gara motif yang tak berapa nak relevan. Yang bawak moto laju laju, tapi BERLUMBA. Yang bawak moto laju laju, tapi MEROMPAK harta orang lain. Yang bawak laju laju, MEROSAK kan harta harta orang awam dan kerajaan.

Tapi kalau macam jenis jenis aku pulak?
Yang bawak moto laju laju hanya untuk kepuasan? yang bawak moto laju laju hanya untuk menggunakan kuasa kuda moto sepenuhnya? Kitorang ade buat salah ke? Masih dikira MAT REMPIT?
Kami bawak laju laju, tapi nak masuk simpang masih bagi signal.
Kami bawak laju, tapi moto still lengkap dengan safety bagai.
Nak dikira MAT REMPIT lagi?

Okay kenapa kami bawak laju? Lebih lebih lagi kat jalan besar?
Okay aku nak tanya korang. Berapa ramai yang bawak kereta, bila nampak penunggang motosikal rase kasihan?nak motong pun amik side jauh jauh. Berapa ramai yang sabar menunggu belakang motosikal yang slow, kat jalan sebelah kereta penuh nak motong pun tak boleh.

ahh moto nak kesian ape? Lantak lah diorang yang bawak moto”.
“lembab betul lah yang bawak moto ni. Nak je aku langgar. Tak tau bawak moto ke hape? Bodoh betul ! “.
Lu orang tau tak yang kitorang tak mampu nak beli kereta?
Lu orang tau tak yang moto kitorang memang tak laju, sebab tu kena slow je.
Lu orang tau tak kalau lu orang motong dekat dekat handle moto macam nak terbalik?

Tuu kalau bawak slow tuan tuan dan puan puan sekalian, yang bawak laju pulak?
kepala hotak dia laju laju ni. Dia ingat jalan ni dia sorang yang punya?”
“dah tak sayang nyawa ke hape bawak laju laju ni? Ingat ingat laa sikit mak bapak kat umah tuu”

Dah kalau laju salah, slow pun salah. Habis nak buat macamana??
Abang abang kakak kakak sekalian, kitorang bukan suka suka bawak laju.  Sesetengah sebab sebabnya telah dijelaskan kat atas. Aku harap korang faham. Bukan semua yang bawak moto ni jahat, degil, MAT REMPIT. Kitorang pun sedar nyawa ade satu, kalau tak kenapa pakai helmet siap jaket kulit bagai. Kitorang pun sedar kitorang ni kecik, tak layak nak makan jalan luas luas. Tapi TOLONG lah jangan generalise kan gelaran MAT REMPIT kat semua penunggang motosikal yang laju laju.

gua bawak moto laju nak hantar pizza je abang penarik beca. Tapi semua dok tudu MAT REMPIT. Dioarang taktau kalau lambat kena potong gaji”
Haa, korang semua tak kesian ke dengan brader mangsa tohmahan MAT REMPIT seperti kat atas ni? Yang jahat tuu boleh laa korang panggil MAT REMPIT, tapi yang macam kitorang ni? Tak buat salah ape ape, tiba tiba satu Malaysia kutuk kitorang sebab lu orang semua gelarkan kitorang MAT REMPIT. Jangan lah macam tu tuan tuan puan puan sekalian. Jangan berlaku kejam terhadap golongan golongan seperti kami.

Yang bawak kereta laju laju, apesal lu orang tak cakap dia MAT REMPIT jugak?

Haa mungkin boleh difikirkan sama sama. Jangan lah berdiskriminasi dengan penunggang motosikal. Yang salah tuu memang tak boleh nak buat ape lah kan,lu orang kutuk lahhtapi mengutuk ni banyak dapat dosa hehe. Korang semua ada akal korang semua ada fikiran.fikir lah yang mane betul yang mane salah. Gua cuma meluahkan pandangan je, masih seorang manusia biasa yang menggemari cendol Mak Wati hehe, masih ada banyak salah dan silap.

Mungkin lepas ni aku aku rider beca je kehulu kehilir. Takde lah kenapa gelaran MAT REMPIT lagi. Okay? Pinjam ayat Nabil Raja Lawak kejap, LU FIKIR LAH SENDIRI. Assalamualaikum ..........

p/s : dah lama tak menulis di blog, sejak deactivate mase tahun 2008. Harap harap skil menulis masih ada    -.-‘

2 comments:

  1. *-* said...:

    kau tulis...hebat ^^

  1. Anonymous said...:

    esei bm :D haha, anak cikgu aminah la katekan, agaga :p

Post a Comment